Syarat Penggunaan

Dengan menggunakan dan mengakses laman web ("Laman Web”), anda dianggap telah menerima dan bersetuju untuk mematuhi Terma Penggunaan berikut.

Penggunaan Maklumat

Maklumat di Laman Web bertujuan untuk kegunaan am sahaja. Ia tidak bertujuan, dan tidak juga dapat menasihati diagnosis tertentu, merawat atau mengganti/menukar pendapat/nasihat pakar perubatan. Sentiasa dapatkan nasihat pengamal perubatan yang berkelayakan sebelum bertindak, melaksanakan, menggunakan atau menyesuaikan sebarang maklumat di Laman Web atau sebarang keputusan ujian. Kami berusaha memastikan maklumat di Laman Web sentiasa dikemas kini; Walaupun begitu, kami tidak menjamin ketepatan, kebolehpercayaan atau kesesuaian maklumat di sini.

Maklumat anda akan diakses, diproses dan digunakan selaras dengan undang-undang dan peraturan yang relevan dan terpakai oleh negara-negara yang akan memproses maklumat peribadi anda. Dengan menggunakan Laman Web, anda bersetuju bahawa akses, proses dan penggunaan serta anda menjamin bahawa semua data yang diberikan adalah benar, tepat dan terkini.

Penafian Waranti

Semua maklumat di Laman Web adalah berdasarkan "yang tertera" dan "yang tersedia". Kami dengan nyata menafikan semua Waranti dalam apa jua bentuk, sama ada nyata atau tersirat. Kami tidak bertanggungjawab dan tidak memberi jaminan bahawa: (a) Laman Web dan/atau perkhidmatan akan memenuhi keperluan anda; (b) Laman Web atau kehendak anda tidak akan terganggu, tidak boleh dipercayai, bebas daripada kesilapan atau tepat pada masanya; (c) keputusan yang diperolehi daripada penggunaan perkhidmatan adalah tepat atau boleh dipercayai; (d) kualiti mana-mana produk, perkhidmatan, maklumat atau bahan lain yang dibeli atau diperoleh melalui Laman Web/perkhidmatan kami akan memenuhi jangkaan anda; dan (e) sebarang kesilapan dalam perisian akan diperbetulkan.

Sebarang bahan yang dimuat turun atau yang diperoleh melalui laman web atau penggunaan perkhidmatan adalah di atas budi bicara dan risiko anda sendiri dan anda akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa kerosakan pada sistem komputer anda atau kehilangan data semasa memuat turun bahan tersebut.

Anda harus sentiasa berwaspada apabila berkongsi maklumat peribadi diri sendiri atau orang lain. Kami menafikan semua liabiliti untuk sebarang kehilangan atau kerosakan daripada penggunaan Laman Web/perkhidmatan atau pergantungan terhadap sebarang kandungannya.

Liabiliti

Dengan had yang ditetapkan oleh undang-undang terpakai, kami tidak akan bertanggungjawab bagi ganti rugi secara langsung, sampingan, khas, berbangkit dan teladan, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana individu untuk sebarang kerosakan, kerugian (seperti kerugian untung, perniagaan dan data), kos kepercayaan, penggunaan atau perbelanjaan yang terhasil akibat daripada: (a) apa-apa kegunaan, ketidakupayaan untuk menggunakan Laman Web atau sebarang perkhidmatan yang ditawarkan di sini; (b) sebarang tindakan yang diambil berdasarkan maklumat yang anda terima atau daripada perkhidmatan; (c) kegagalan untuk memastikan kata laluan atau butiran akaun anda selamat dan sulit; (d) kos perolehan barangan gantian dan perkhidmatan yang terhasil daripada sebarang produk, data, maklumat atau perkhidmatan yang dibeli atau diperoleh atau pesanan yang diterima atau transaksi yang dilakukan melalui atau daripada perkhidmatan; (e) capaian tanpa kebenaran atau pengubahan penghantaran atau data anda; (f) kebenaran yang tidak wajar bagi perkhidmatan yang mendakwa mereka pihak berkuasa; atau (g) pernyataan atau kelakuan mana-mana pihak ketiga mengenai perkhidmatan tersebut.

Cookies

Laman web mungkin menggunakan "Cookies" untuk meningkatkan pengalaman penggunaan anda. Anda boleh memilih untuk menolak “cookies”, atau menerima amaran jika “cookies' dihantar. Sekiranya anda memilih untuk menolak, sila maklum sebahagian Laman Web mungkin tidak berfungsi dengan baik.

Ganti Rugi

Anda bersetuju membayar ganti rugi dan melepaskan kami daripada semua ganti rugi terhadap kerosakan, kos, kerugian (termasuk rugi keuntungan) dan perbelanjaan langsung atau tidak langsung, timbul daripada atau berkaitan akses yang tidak sah atau menyalahi undang-undang atau pengguna Laman Web, sama ada tort, kontrak, ekuiti atau lain-lain.

Hak Harta Intelek

Semua harta intelek di Laman Web, termasuk hak cipta, kandungan dan reka bentuk Laman Web, dan produk dan/atau perkhidmatan yang terperinci dalam Laman Web, dimiliki oleh kami atau digunakan di bawah lesen daripada pemilik ketiga. Sebarang penggunaan Laman Web atau kandungannya, termasuk hak cipta atau menyimpan secara keseluruhan atau sebahagian, selain daripada kegunaan peribadi atau bukan komersial tanpa izin adalah dilarang. Anda tidak boleh mengubahsuai, mengedarkan atau menyiarkan maklumat di Laman Web untuk apa jua tujuan.

Pengubahsuaian

Kami berhak untuk membatalkan perkhidmatan, menyemak, meminda, mengubah atau memadam sebarang maklumat yang diberikan di Laman Web pada bila-bila masa tanpa notis, tetapi tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang semakan, pindaan, perubahan atau pemadaman.