Polisi
-
POLISI PRIVASI
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini disebut "Akta"), yang mengawal pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, terpakai untuk Elken Sdn Bhd., syarikat-syarikat bersekutu dan/atau berkaitan (selepas ini disebut "EK", "Syarikat" atau "kami"). Untuk tujuan notis ini, terma "data peribadi" dan "pemprosesan" membawa maksud seperti yang tercatat di dalam Akta.
- Notis ini adalah untuk memaklumkan anda bahawa maklumat dan sampel air liur yang diberikan kepada kami menerusi Ujian Air Liur & Analisis, pembelian, pendaftaran dan borang persetujuan sama ada menerusi kaedah konvensional (misalnya berdepan/melalui temu bual telefon), kaedah elektronik atau melawati/menggunakan www.trueyoudna.com ("Laman Web"), data peribadi anda sedang diproses oleh kami atau bagi pihak EK. Notis ini terpakai untuk semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak kami.
-
Data peribadi yang diproses oleh kami atau bagi pihak EK adalah termasuk:-
- butiran peribadi (nama, umur, jantina, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, bangsa, kewarganegaraan);
- butiran perhubungan (alamat, alamat e-mel, nombor telefon);
- masalah atau keadaan fizikal dan/atau kesihatan (sejarah perubatan dan kesihatan, jenis darah, DNA, keadaan kesihatan dan mental);
- maklumat demografi (kumpulan umur, sejarah perubatan, karakteristik genetik, maklumat peribadi yang dikenal pasti secara biologi);
- butiran pembayaran (nama bank, nombor kad kredit/ debit, alamat pengebilan); dan/atau
- sebarang data peribadi yang diberikan oleh anda.
-
Kami memproses data peribadi, termasuk sebarang maklumat tambahan yang mungkin anda berikan kemudian, untuk tujuan berikut, yang merangkumi namun tidak terhad kepada yang berikut:-
- untuk menghubungi anda;
- untuk memproses produk dan/atau perkhidmatan yang anda minta;
- untuk mentadbir dan mengesahkan transaksi komersial anda;
- untuk memproses sebarang pembayaran yang berkaitan dengan anda;
- untuk penyelidikan, penanda aras dan analisis statistik;
- untuk menghasilkan keputusan ujian DNA;
- untuk berhubung dengan anda mengenai keputusan ujian DNA anda;
- untuk mencadangkan suplemen diet yang sesuai mengikut pertimbangan anda;
- untuk menjalankan aktiviti dalaman kami, ujian panel;
- untuk menyampaikan notis, produk dan/atau perkhidmatan;
- sebarang transaksi urus niaga yang berkaitan dengan mana-mana promosi, produk dan/atau perkhidmatan; dan/atau
-
tujuan-tujuan lain, secara langsung atau tidak langsung yang berkaitan dengan mana-mana aktiviti GE dan di atas.
(selepas ini secara kolektif disebut "Tujuan-tujuan", atau "Tujuan").
-
Data peribadi ini mungkin digunakan dan/atau didedahkan kepada yang berikut:-
- mana-mana syarikat yang berkaitan dan/atau bersekutu dengan EK, termasuk yang diperbadankan pada masa akan datang;
- rakan niaga dan sekutu yang menyediakan produk atau perkhidmatan berkaitan dengan perniagaan kami;
- pakar-pakar dan perunding-perunding EK; dan/atau
- pembekal perkhidmatan untuk mana-mana Tujuan atau tujuan lain yang mana data peribadinya perlu didedahkan semasa proses pengumpulan untuk mana-mana Tujuan berkaitan.
-
Selanjutnya, data peribadi boleh dipindahkan ke lokasi di luar Malaysia. Data Peribadi juga boleh didedahkan atau dipindahkan selepas sebarang penyusunan semula, penjualan atau pemerolehan daripada mana-mana syarikat EK. Anda bertanggungjawab bagi memastikan maklumat yang diberikan kepada kami adalah benar, tepat dan terkini. Anda boleh mengakses dan meminta membuat pembetulan data peribadi, untuk membataskan pemprosesan data peribadi, atau hubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai data peribadi seperti berikut:
Alamat e-mel: cs@trueyoudna.com
Kami mungkin menolak permintaan anda untuk mengakses atau membetulkan data peribadi anda di bawah Akta dan jika kami menolak untuk mematuhi permintaan tersebut, kami akan memaklumkan anda mengenai penolakan kami berserta alasan. - Sebagai pemilik Laman Web, EK mempunyai budi bicara untuk mengemas kini notis ini pada bila-bila masa. Kami menggalakkan anda supaya kerap memeriksa halaman ini untuk mengetahui sebarang perubahan. Anda mengakui dan bersetuju bahawa ini adalah tanggungjawab anda untuk menyemak notis ini secara berkala.
- Kami tidak menjual, memperdagangkan atau menyewakan data peribadi anda kepada pihak ketiga. Kami mungkin berkongsi maklumat demografi gabungan umum yang tidak berkaitan maklumat pengenalan peribadi dengan rakan perniagaan kami dan rakan sekutu yang dipercayai untuk tujuan yang dinyatakan di atas.
- Apabila anda memberikan data peribadi atau maklumat mengenai individu lain kepada kami, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda bertindak bagi pihak mereka, untuk memberi persetujuan kepada pemprosesan data peribadi mereka dan menerima Notis Perlindungan Data Peribadi ini bagi pihak mereka.
- Sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah, jangan biarkan anak anda bawah umur (individu yang berumur di bawah 18 tahun) di bawah jagaan anda menyerahkan Data Peribadi kepada kami. Sekiranya Data Peribadi tersebut diberikan kepada kami, anda dengan ini memberi persetujuan untuk memproses Data Peribadi anak di bawah umur dan secara peribadi menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Perlindungan Data Peribadi ini dan bertanggungjawab di atas tindakan dan kecuaiannya.
- Sekiranya terdapat percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina pada notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
-
POLISI TADBIR URUS PENDEDAHAN MAKLUMAT
1.0 PENGENALAN
- Elegant World (M) Sdn. Bhd. dan kumpulan syarikat (“Kumpulan”) komited dalam menjalankan aktiviti perniagaan dengan berintegriti, beretika dan bertanggungjawab.
- Polisi Tadbir Urus Pendedahan Maklumat (“Polisi”) ini dibentuk dengan tujuan:
- melindungi nilai integriti Kumpulan dalam pengendalian aktiviti perniagaannya;
- menubuhkan saluran aduan dan panduan yang lebih kukuh untuk Kakitangan dan Pihak Bersekutu berkenaan kebimbangan atau sebarang pelanggaran; dan
- menjamin kerahsiaan pemberi maklumat dan melindungi mereka daripada sebarang pemerasan.
2.0 SKOP DAN PELAKSANAAN
- “Pendedahan Maklumat” adalah pendedahan atau aduan sukarela (berserta bukti dan maklumat terperinci) tentang individu atau syarikat oleh seseorang yang memiliki keistimewaan mengakses maklumat berasaskan bukti bagi sebarang Salah Laku (seperti ditakrifkan dibawah) yang berlaku dalam Kumpulan.
- "Pemberi Maklumat" merujuk kepada individu yang mendedahkan maklumat berkenaan Perlakuan Salah (seperti ditakrifkan dibawah) mengikut polisi.
- "Salah Laku" merujuk kepada sebarang tindakan yang terbukti melanggar polisi ABC atau undang-undang, atau sebarang usaha menyembunyikan salah satu atau kedua-duanya sekali.
- Polisi ini terpakai ke atas Kakitangan dan Pihak Bersekutu Syarikat yang mempunyai hubungan tugas atau perniagaan dengan Kumpulan.
- Polisi ini tidak terpakai bagi sebarang rungutan pekerja, yang seharusnya dikendalikan sesuai dengan panduan dan rujukan Bahagian Sumber Manusia.
- Mana-mana Pemberi Maklumat yang bercadang untuk mengemukakan aduan tentang sebarang Salah Laku perlu mempunyai alasan kukuh, melakukannya dengan kejujuran yang tinggi dan demi kebaikan Kumpulan.
- Elemen kejujuran dianggap lemah sekiranya:-
- individu terbabit tidak mempunyai pengetahuan atau fakta kukuh terhadap aduan yang dibuat; atau
- individu berkenaan menyedari laporan dikemukakan adalah tidak benar, dibuat secara membuta tuli atau bertujuan untuk menyakiti; atau
- aduan dibuat dengan niat jahat, motif tersembunyi atau untuk kepentingan diri.
3.0 PROSEDUR ADUAN
- Semua aduan hendaklah dibuat secara bertulis dan emel (bersertakan Lampiran A: Aduan Pendedahan Maklumat”) ke abc.compliance@elken.com. Laporan perlu disertakan maklumat lengkap Salah Laku, bersama bukti atau maklumat sokongan. Sebarang aduan yang diterima tanpa identiti Pemberi Maklumat tidak akan dilayan.
4.0 PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT
- Pemberi Maklumat yang mengemukakan aduan dengan jujur akan dilindungi dari sebarang tindakan balas akibat dari pendedahan yang dibuatnya dan dan identitinya akan dirahsiakan dan dilindungi setakat yang praktik.
- Pemberi Maklumat yang membuat pendedahan tidak jujur dan didapati dengan sengaja memalsukan pengakuan dengan niat jahat akan berdepan tindakan disiplin atau undang-undang mengikut kesesuaian.
5.0 SARINGAN & SIASATAN
- Jawatankuasa Anti-Suapan & Anti-Rasuah (ABC) akan menyaring dan membuat penilaian terhadap pendedahan yang dibuat Pemberi Maklumat untuk menetapkan sama ada ianya bertepatan dengan skop polisi. Pemberi Maklumat mungkin diperlukan untuk mengemukakan maklumat dan penjelasan tambahan sekiranya perlu.
- Berdasarkan penemuan awal, ABC akan memutuskan sama ada perlu untuk melantik orang diberi kuasa bagi menjalankan siasatan selanjutnya.
- Selepas siasatan dibuat, ABC akan menentukan merit pendedahan Pemberi Maklumat dan membuat keputusan, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkara berikut:
- Memulakan siasatan penuh dengan menubuhkan Jawatankuasa Tadbir Pemberi Maklumat (WGC) sekiranya penemuan awal menunjukkan dengan jelas asas untuk penyiasatan selanjutnya; atau
- Menolak aduan Pemberi Maklumat sekiranya penemuan awal menunjukkan tidak ada asas untuk penyiasatan selanjutnya; atau
- Tentukan tindakan lain yang dianggapkan lebih sesuai oleh ABC
Untuk Carta Prosedur Pemberi Maklumat, sila rujuk Lampiran B
-
POLISI ANTI-SUAPAN & ANTI-RASUAH (“ABC”)
1.0 PENGENALAN
- Elegant World (M) Sdn. Bhd. dan kumpulan syarikat (“Kumpulan”) dengan tegas menolak sebarang amalan suapan dan rasuah. Kumpulan menjunjung tinggi budaya berintegriti dan undang-undang terpakai berkaitan anti-suapan dan anti-rasuah. Senarai anak- syarikat adalah seperti berikut:-
- Elegant World Sdn. Bhd.
- Elken Sdn. Bhd.
- Elken Global Sdn. Bhd.
- Elken Service Sdn. Bhd.
- Butbo Sdn. Bhd. and
- Gene Express Sdn. Bhd.
- Polisi ini bermatlamat untuk membentuk rangka kerja dan parameter sebagai rujukan dan panduan kepada semua Pihak Bersekutu (termasuk tetapi tidak terhad kepada pengarah, pengedar/ahli, pembekal, penyedia perkhidmatan, kakitangan) yang bekerja untuk atau dengan Kumpulan bagi pematuhan undang-undang berkaitan anti-suapan dan anti-rasuah.
- "Suapan" dan "Rasuah" didefinisikan sebagai sebarang tindakan menawarkan, menjanjikan, memberi, menerima atau meminta keuntungan tidak wajar atau apa-apa nilai penghargaan, (berbentuk kewangan atau bukan kewangan, secara langsung atau tidak langsung dan melanggar undang-undang terpakai), sebagai pendorong atau ganjaran bagi seseorang untuk bertindak atau menahan diri daripada bertindak dalam melaksanakan tugas.
2.0 PANDUAN BERKAITAN JENIS-JENIS SUAPAN DAN RASUAH
- Polisi Larangan Memberi Hadiah
Syarikat mengamalkan "polisi larangan memberi hadiah" dimana semua Pihak Bersekutu dilarang memberi dan kakitangan dilarang menerima sebarang hadiah daripada pihak ketiga yang memiliki kepentingan perniagaan secara langsung atau tidak langsung terhadap Kumpulan. Perkataan "hadiah" didefinisikan sebagai apa juga bentuk harta benda (pen, kalendar, topi, beg, wang dan lain-lain) yang mempunyai kos atau nilai kewangan merangkumi makanan dan minuman tajaan, dan makanan yang ditaja oleh vendor, pesta atau tiket acara sukan dan/atau hiburan. Nota ucapan terima kasih, sijil atau apa sahaja pengiktirafan bertulis yang ditujukan kepada kakitangan adalah dibenarkan. - Hiburan & Hospitaliti
Syarikat menyedari bagi sebilangan budaya atau situasi, amalan bertukar hadiah menjadi bahagian penting dalam etika perniagaan. Walaubagaimanapun, Kumpulan melarang keras sebarang pemberian dan penerimaan hospitaliti dan/atau hiburan yang bertentangan dan melanggar undang-undang yang terpakai. - Derma dan Tajaan
Sebagai sebahagian komitmen Kumpulan dalam memberi bantuan kewangan atau bukan kewangan untuk inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya, usaha yang wajar perlu diambil bagi memastikan sumbangan untuk persatuan atau organisasi yang dimaksudkan adalah sah dan bersesuaian dengan Polisi dan Prosedur Kewangan. - Bayaran Sogokan
Kumpulan melarang keras pemberian (sama ada secara langsung atau tidak langsung) apa-apa bayaran sogokan dan/atau pemerasan sebagai balasan bagi sebarang keuntungan perniagaan untuk Kumpulan. - Konflik Kepentingan
Konflik kepentingan timbul apabila matlamat seseorang diganggu ketika melaksanakan tugas atau membuat pertimbangan atas nama Kumpulan, berkaitan penerimaan atau pemberian manfaat (wang tunai atau dalam bentuk lain) yang boleh mencetuskan konflik terhadap kewajipan atau tugas mereka demi keuntungan peribadi yang boleh menentukan keuntungan Kumpulan. - Pemerolehan
Pemerolehan mesti dilaksanakan mengikut polisi Kumpulan, proses dalaman dan prosedur yang ditetapkan. Pihak Bersekutu dilarang menawarkan, menjanjikan, meminta, membayar atau menerima apa juga bentuk suapan atau bayaran sogokan sebagai sebahagian proses pemerolehan. - Tender
Sebarang proses bukaan tender melibatkan mana-mana syarikat perlu dilakukan secara adil, telus selaras dengan proses yang ditetapkan Kumpulan.
3.0 PENDEDAHAN MAKLUMAT
- Kumpulan menggalakkan Pihak Bersekutu untuk melaporkan apa-apa yang disyaki memberi suapan/rasuah yang berlaku dalam perniagaan/pekerjaan, berserta bukti dan maklumat terperinci dihantar kepada abc.compliance@elken.com. Pemberi maklumat yang jujur akan dirashsiakan dan dilindungi daripada sebarang pemerasan. Sebarang aduan yang diterima tanpa identiti pemberi maklumat tidak akan dilayan.
4.0 PEMANTAUAN DAN KAJI SELIDIK
- Kumpulan akan melaksanakan penilaian risiko berkala dan mengkaji semula prosedur operasi standard ("SOP") bagi Polisi Anti-Suapan dan Anti-Rasuah ("ABC") anak syarikatnya sekurang-kurangnya sekali bagi setiap tiga tahun untuk memastikan Kumpulan terus memiliki sistem pemantauan yang relevan, bersesuaian dan berkesan seiring dengan polisi ABC Kumpulan.
- Audit dalaman bagi pematuhan ABC Kumpulan akan dilakukan dari semasa ke semasa. Sebarang bukti atau maklumat yang diperolehi akan diserahkan kepada jawatankuasa ABC untuk tindakan lanjut.
5.0 LATIHAN DAN KOMUNIKASI
- Kumpulan menyampaikan Polisi ABC ini kepada Pihak Bersekutu (mengikut keperluan dan kesesuaian) dan memberi latihan kepada kakitangan menerusi pelbagai saluran komunikasi bagi memastikan pematuhan ABC selaras dengan undang-undang yang ditetapkan. Salinan Polisi ABC boleh diperolehi menerusi laman web korporat Kumpulan.
6.0 PELANGGARAN DAN SIASATAN
- Kumpulan memandang serius setiap pelanggaran Polisi ABC dan/atau SOP yang ditetapkan dan sebarang ketidakpatuhan atau pelanggaran undang-undang terpakai yang dibuktikan sepanjang siasatan dijalankan akan dilaporkan kepada jawatankuasa ABC dan jika dibuktikan bersalah, pelaku berkemungkinan akan ditamatkan kontrak, digantung tugas/diberhentikan kerja atau mungkin akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
- Elegant World (M) Sdn. Bhd. dan kumpulan syarikat (“Kumpulan”) dengan tegas menolak sebarang amalan suapan dan rasuah. Kumpulan menjunjung tinggi budaya berintegriti dan undang-undang terpakai berkaitan anti-suapan dan anti-rasuah. Senarai anak- syarikat adalah seperti berikut:-