
CARA PENGGUNAAN
Selesa Di Rumah Anda Sendiri
Kit pengumpulan air liur ini sahaja yang diperlukan untuk menghantar DNA anda ke makmal.

LANGKAH 1
Beli Kit
Beli kit ujian DNA anda daripada ibu pejabat Elken, cawangan-cawangan Elken, tempat serahan, atau daripada Pengedar Elken dan ianya boleh dihantar terus ke depan pintu anda.

LANGKAH 2
Daftar Dalam Talian
Log masuk ke laman web kami dan daftarkan kit anda menggunakan kod bar peribadi pada tabung pengumpulan dan kod pengaktifan yang anda terima melalui SMS.

LANGKAH 3
Kumpul 2ml Air Liur
Ikuti manual pengguna yang disertakan bersama kit anda. Elakkan makan, minum, mengunyah, merokok, dan menggosok gigi 30 minit sebelum memulakan proses pengumpulan air liur.

LANGKAH 4
Hantar Sampel Anda
Gunakan borang tempahan dalam talian dan pilih tarikh untuk perkhidmatan pengambilan percuma kami atau serahkan kit berserta sampel air liur anda ke Ibu Pejabat Elken atau mana-mana cawangan Elken, pusat serahan atau pengedar Elken.

LANGKAH 5
Lihat Laporan Anda
Laporan anda akan siap dalam masa 4-6 minggu. Apabila laporan anda siap, muat turun aplikasi TrueYou dari Google Play atau App Store dan log masuk untuk melihat apa yang dikatakan oleh gen anda mengenai anda.