Polisi Privasi
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini disebut "Akta"), yang mengawal pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, terpakai untuk Elken Sdn Bhd., syarikat-syarikat bersekutu dan/atau berkaitan (selepas ini disebut "EK", "Syarikat" atau "kami"). Untuk tujuan notis ini, terma "data peribadi" dan "pemprosesan" membawa maksud seperti yang tercatat di dalam Akta.
- Notis ini adalah untuk memaklumkan anda bahawa maklumat dan sampel air liur yang diberikan kepada kami menerusi Ujian Air Liur & Analisis, pembelian, pendaftaran dan borang persetujuan sama ada menerusi kaedah konvensional (misalnya berdepan/melalui temu bual telefon), kaedah elektronik atau melawati/menggunakan www.trueyoudna.com ("Laman Web"), data peribadi anda sedang diproses oleh kami atau bagi pihak EK. Notis ini terpakai untuk semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak kami.
-
Data peribadi yang diproses oleh kami atau bagi pihak EK adalah termasuk:-
- butiran peribadi (nama, umur, jantina, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, bangsa, kewarganegaraan);
- butiran perhubungan (alamat, alamat e-mel, nombor telefon);
- masalah atau keadaan fizikal dan/atau kesihatan (sejarah perubatan dan kesihatan, jenis darah, DNA, keadaan kesihatan dan mental);
- maklumat demografi (kumpulan umur, sejarah perubatan, karakteristik genetik, maklumat peribadi yang dikenal pasti secara biologi);
- butiran pembayaran (nama bank, nombor kad kredit/ debit, alamat pengebilan); dan/atau
- sebarang data peribadi yang diberikan oleh anda.
-
Kami memproses data peribadi, termasuk sebarang maklumat tambahan yang mungkin anda berikan kemudian, untuk tujuan berikut, yang merangkumi namun tidak terhad kepada yang berikut:-
- untuk menghubungi anda;
- untuk memproses produk dan/atau perkhidmatan yang anda minta;
- untuk mentadbir dan mengesahkan transaksi komersial anda;
- untuk memproses sebarang pembayaran yang berkaitan dengan anda;
- untuk penyelidikan, penanda aras dan analisis statistik;
- untuk menghasilkan keputusan ujian DNA;
- untuk berhubung dengan anda mengenai keputusan ujian DNA anda;
- untuk mencadangkan suplemen diet yang sesuai mengikut pertimbangan anda;
- untuk menjalankan aktiviti dalaman kami, ujian panel;
- untuk menyampaikan notis, produk dan/atau perkhidmatan;
- sebarang transaksi urus niaga yang berkaitan dengan mana-mana promosi, produk dan/atau perkhidmatan; dan/atau
-
tujuan-tujuan lain, secara langsung atau tidak langsung yang berkaitan dengan mana-mana aktiviti GE dan di atas.
(selepas ini secara kolektif disebut "Tujuan-tujuan", atau "Tujuan").
-
Data peribadi ini mungkin digunakan dan/atau didedahkan kepada yang berikut:-
- mana-mana syarikat yang berkaitan dan/atau bersekutu dengan EK, termasuk yang diperbadankan pada masa akan datang;
- rakan niaga dan sekutu yang menyediakan produk atau perkhidmatan berkaitan dengan perniagaan kami;
- pakar-pakar dan perunding-perunding EK; dan/atau
- pembekal perkhidmatan untuk mana-mana Tujuan atau tujuan lain yang mana data peribadinya perlu didedahkan semasa proses pengumpulan untuk mana-mana Tujuan berkaitan.
-
Selanjutnya, data peribadi boleh dipindahkan ke lokasi di luar Malaysia. Data Peribadi juga boleh didedahkan atau dipindahkan selepas sebarang penyusunan semula, penjualan atau pemerolehan daripada mana-mana syarikat EK. Anda bertanggungjawab bagi memastikan maklumat yang diberikan kepada kami adalah benar, tepat dan terkini. Anda boleh mengakses dan meminta membuat pembetulan data peribadi, untuk membataskan pemprosesan data peribadi, atau hubungi kami untuk sebarang pertanyaan mengenai data peribadi seperti berikut:
Alamat e-mel: cs@trueyoudna.com
Kami mungkin menolak permintaan anda untuk mengakses atau membetulkan data peribadi anda di bawah Akta dan jika kami menolak untuk mematuhi permintaan tersebut, kami akan memaklumkan anda mengenai penolakan kami berserta alasan. - Sebagai pemilik Laman Web, EK mempunyai budi bicara untuk mengemas kini notis ini pada bila-bila masa. Kami menggalakkan anda supaya kerap memeriksa halaman ini untuk mengetahui sebarang perubahan. Anda mengakui dan bersetuju bahawa ini adalah tanggungjawab anda untuk menyemak notis ini secara berkala.
- Kami tidak menjual, memperdagangkan atau menyewakan data peribadi anda kepada pihak ketiga. Kami mungkin berkongsi maklumat demografi gabungan umum yang tidak berkaitan maklumat pengenalan peribadi dengan rakan perniagaan kami dan rakan sekutu yang dipercayai untuk tujuan yang dinyatakan di atas.
- Apabila anda memberikan data peribadi atau maklumat mengenai individu lain kepada kami, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda bertindak bagi pihak mereka, untuk memberi persetujuan kepada pemprosesan data peribadi mereka dan menerima Notis Perlindungan Data Peribadi ini bagi pihak mereka.
- Sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah, jangan biarkan anak anda bawah umur (individu yang berumur di bawah 18 tahun) di bawah jagaan anda menyerahkan Data Peribadi kepada kami. Sekiranya Data Peribadi tersebut diberikan kepada kami, anda dengan ini memberi persetujuan untuk memproses Data Peribadi anak di bawah umur dan secara peribadi menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Perlindungan Data Peribadi ini dan bertanggungjawab di atas tindakan dan kecuaiannya.
- Sekiranya terdapat percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina pada notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.